Forum Komuniti Taman Desaria, Nilai
Selamat datang ke Forum Taman Desaria, Nilai ini. Sila daftar diri anda terlebih dahulu untuk membolehkan anda membuat posting ke dalam forum dan menghantar mesej kepada rakan forum yang lain. Sekian, terima kasih

Join the forum, it's quick and easy

Forum Komuniti Taman Desaria, Nilai
Selamat datang ke Forum Taman Desaria, Nilai ini. Sila daftar diri anda terlebih dahulu untuk membolehkan anda membuat posting ke dalam forum dan menghantar mesej kepada rakan forum yang lain. Sekian, terima kasih
Forum Komuniti Taman Desaria, Nilai
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hukum Membawa Anak Kecil Ke Surau

4 posters

Go down

Hukum Membawa Anak Kecil Ke Surau Empty Hukum Membawa Anak Kecil Ke Surau

Post  azehri Tue Jul 13, 2010 6:42 pm

Sekadar untuk mendapatkan pandangan tuan-tuan berkaitan isu membawa anak yang masih kecil ke surau. Anggap ia lebih kepada perbincangan.

Situasi malam semalam,

Saya membawa anak saya berumur 2 tahun 8 bulan ke surau (dengan niat untuk memesrakan dia dengan solat jamah dan surau). Anak saya telah mandi dan baru sahaja dipakaikan pampers baru. Bila iqamah, saya menunggu jamaah yang lain untuk memenuhkan baris hadapan dan ruangan yang lebih tengah di saf kedua. Bila semua orang telah mengambil tempat, barulah saya ke baris kedua yang paling hujung sebabnya saya perlu turut mengawasi anak saya. Termasuk saya, ada sorang brother juga membawa anak kecil mungkin dalam lingkungan 2 tahun setengah. Saya letak anak saya dengan anak brother tu di baris kedua.

Tidak semena-mena semasa dalam solat, ada seorang pakcik telah menarik tangan kedua-dua anak kecil ini untuk berdiri ke baris ketiga, dan dia mengambil tempat yang baru dikosongkan. Anak brother tu dah nangis, tapi anak saya cool aje. Tapi oleh kerana saya bimbang anak saya di belakang, cepat2 saya berniat untuk membatalkan solat saya dan bersolat di hujung sebelah kiri dengan membawa anak saya sekali. Sekali lagi solat saya terganggu apabila ada seorang Bangladesh yang datang lewat telah menarik tangan anak saya bahagian kiri sekali. Dan kali ini juga saya terpaksa membatalkan solat saya sekali lagi dan terus bersolat di saf ketiga dengan anak saya. Alhamdulillah kali ini kami tidak diganggu.

Soalan untuk perbincangan: Adakah wajar perbuatan saya ini? Apakah perkara yang terbaik dan sepatutnya dilakukan?

Saya telah mencari di Internet dan terjumpa pandangan di bawah. Sumber http://ibnusulaiman.wordpress.com/2007/10/05/mesrakah-masjid-dengan-kanak-kanak/

RAMADAN adalah bulan rahmat sehinggakan remaja dan anak-anak kecil yang tidak selesa dipasak kakinya bersolat jemaah turut mesra dengan rumah Allah. Mereka rela menghabiskan masa perdana di masjid dan surau, walau tidak dinafikan adakalanya mereka turut menyulam solat dengan tawa dan gurau. Hakikatnya, itulah alam kanak- kanak.Baru-baru ini, ketika memenuhi jemputan sebuah syarikat multinasional menyampaikan tazkirah Ramadan, saya diajukan dengan soalan yang cukup biasa kedengaran. Namun, minda saya tersentak dengan bunga dan buah yang diberi. Bayangkan, suatu insiden di sebuah masjid, seorang anak kecil dalam lingkungan usia tujuh tahun setia berdiri di sisi ayahnya.

Saat takbir mahu diangkat bagi memisahkan dunia dan akhirat (takbiratulihram), ketika itulah seorang lelaki berperawakan alim menegur. Si ayah dengan sopan menyatakan, dia mahukan anak itu berdiri di sisinya, kerana dengan cara itu hatinya lebih tenteram.

Bayangkanlah, jika si anak solat berjauhan beberapa saf di belakang, hatinya gusar tentang keselamatan anaknya. Rasa bimbang yang boleh membunuh khusyuknya dalam sembahyang.

Dalam suasana yang sepatutnya tenang menuju solat itulah, tiba-tiba lelaki yang berperawakan hebat itu menyerang. Dengan tegas dia menyatakan, saf kanak-kanak adalah di belakang. Dengan tegas juga dia menarik tangan si kecil ke belakang, sedang si ayah terkebil-kebil menyaksikan adegan.

Menurut pemuda yang bertanya kepada saya, dia amat terkejut dengan insiden berkenaan. Masjid yang sepatutnya menyaksikan ukhuwah bertautan, hampir terlerai dengan sebuah pertikaian.

Saya akur, majoriti masjid dan surau di negara ini kebanyakannya meletakkan tiga kategori saf. Saf paling hadapan adalah untuk golongan lelaki dewasa, saf pertengahan dikhaskan kepada anak-anak kecil (dalam jarak usia 5 tahun hingga 10 tahun) dan saf paling belakang adalah untuk wanita. Ada juga sesetengah masjid dan surau yang meletakkan saf wanita di sudut sebelah kiri atau di bahagian atas masjid mereka.

Saya pelik dengan ketetapan ini. Ada sesetengah masjid besar ’kian mengarut’ dalam tindakannya. Mereka meletakkan papan tanda ‘Kanak-kanak di bawah usia enam atau lima tahun dilarang memasuki dewan masjid’. Nampaknya, bukan wanita yang uzur kerana didatangi haid dan nifas sahaja ditegah mengunjungi rumah Allah, bahkan kaum ibu yang suci bersih daripada hadas besar juga dilarang sama. Bagi saya inilah konotasi arahan itu. Bagaimana seorang ibu muda yang mempunyai anak-anak kecil mampu mengunjungi masjid dan surau, jika anak-anak mereka dilarang memasukinya.

Saya menyusuri hadis-hadis nabi. Saya cuba mencari atau hakikatnya tercari-cari, apakah sandaran mereka yakni para jawatankuasa masjid melakukan sedemikian. Malangnya, pencarian saya hampir gagal menemui jawapan. Tiada satu nas yang sahih dan jelas, melarang anak-anak kecil untuk solat bersama kaum lelaki di dalam satu saf yang sama. Tidak ada istilah putus saf atau hilang pahala jemaah kerana mereka berdiri di sebelah kita. Yang ada, saya terjumpa dengan beberapa hadis yang menyatakan sebaliknya. Iaitu, Nabi Muhammad s.a.w meraikan anak-anak kecil di rumah Allah. Mereka adalah tetamu cilik yang sepatutnya diraikan, agar jiwa membugar dengan kesucian masjid, akhlak mereka membunga dengan keindahan masjid.

Dari Anas r.a telah berkata: “Aku pernah bersolat di rumah kami bersama seorang kanak-kanak yatim di belakang Nabi s.a.w dan ibuku Ummu Sulaim di belakang kami.” (Riwayat Bukhari).

Di samping itu, saya tertarik untuk menyatakan bahawa, apakah logiknya kita mengatakan saf terputus atau hilang pahala jamaah kerana kita diselangi oleh seorang kanak-kanak yang belum berkhatan. Mereka berhujah kononnya, di bawah kulup si anak kecil itu ada najis yang boleh membatalkan atau paling tidak merosakkan pahala saf dan jemaah mereka.

Apakah kita boleh mengatakan lelaki dewasa yang sudah tidak berkulup itu juga suci, jika pada badannya ada nanah yang dipekap atau dibebat dengan kain kemudian dia bersolat di sebelah kita.

Sebenarnya, kebanyakan umat Islam hari ini banyak meletakkan ‘taklid’ sebagai neraca di dalam panduan dalam beribadat. Sedari kecil, apabila belajar bab fikah, kita diajar terus kepada aspek hukum. Bagi saya, budaya taklid ini amat berbahaya. Ia ibarat tumor yang membiak dan akan menguasai akal fikir umat Islam yang waras.
azehri
azehri
Kage

Posts : 71
Join date : 2010-04-07
Location : Depan Komputer

Back to top Go down

Hukum Membawa Anak Kecil Ke Surau Empty Re: Hukum Membawa Anak Kecil Ke Surau

Post  NASA Thu Jul 15, 2010 11:20 am

Bab2 nih payah sikit nak jawab ni . Nak tunggu ustat2 yang jawab , x do ustat2 yg join forum ni kut. Kita tunggu la komen ustat Razak nanti. (ke Stud razak?).

Saya pun selalu bawak anak2 ke surau. dan x dinafikan, anak2 tetap anak2. mereka ni x kisah samaada kat surau ke, kat rumah ke, kat kedai ke, bila naluri mereka kata nak main, mereka pun main2 la. Hakikatnya , mereka belum lagi mumayyiz.

Balik kepada soal kedudukan anak2 dalam sof solat ni, saya pun x terbaca dan terdengar lagi hadis2 larangan meletakkan kanak2 di dalam sof orang dewasa.

Tapi dari segi rasionalnya, anak2 tu ditakuti akan menjadi gangguan kepada jamaah lain atau mengeluarkan najis yg mana boleh membatalkan solat kalau terkeluar dari sluar mereka etc. Sebab tu mereka di asingkan dari sof dewasa.

Jadi kalau anak2 kita dah dianggap sebagai gangguan kepada jamaah lain, elok kita mengalah la. Sembahyang kat blakang skali adalah satu cara untuk membolehkan kita konsentrate pada solat and at the same time anak2 x dianggap sebagai nuisance di surau.

Wallahuaklam.
NASA
NASA
Kage

Posts : 85
Join date : 2010-04-09

Back to top Go down

Hukum Membawa Anak Kecil Ke Surau Empty Re: Hukum Membawa Anak Kecil Ke Surau

Post  abikhsan Fri Jul 16, 2010 5:16 pm

Sorry... ya saya bukan Ustaz..... Road Stud mungkin kot... Bukan tak nak reply... still to compile the data and fakta.....
abikhsan
abikhsan
Kage

Posts : 49
Join date : 2010-04-20

Back to top Go down

Hukum Membawa Anak Kecil Ke Surau Empty Hukum Membawa Anak Kecil Ke Surau

Post  Azizah Mon Jul 19, 2010 1:19 pm

As a reference for all. Copy and paste the answer from Ustaz Abdul Muein Abd Rahman - Menara TM

pandangan saya adalah pandangan agama berdasarkan dalil:
1) Hukum membawa kanak-kanak ke masjid atau surau adalah harus
sekiranya ia sudah mumayyiz (dah tahu jaga diri dan tak perlu di kawal
sepenuh masa) dan juga juga setalah di pastikan ia bersih serta tidak
menganggu jemaah lain.
2) Sekiranya menganggu jemaah lain atau tidak bersih, maka hukumnya
makruh dan boleh sampai ke tahap yang haram sekiranya boleh
menyebabkan solat jemaah lain tidak khusyuk.
3) Setelah mencukupi syarat-syarat di atas boleh bawa ke masjid dan
solat bersama dan hendaklah duduk bersama ibu atau bapanya.
Sebaik-baiknya duduk di saf yang belakang sedikit agar tidak
menimbulkan fitnah. Boleh duduk di saf pertama sekiranya tidak
menimbulkan fitnah seperti kebanyakan jemaah faham dan boleh terima
kanak-kanak bersama saf orang dewasa.
4)Banyak dalil-dalil menunjukkan Nabi s.a.w solat bersama kanak-kanak
ketika baginda solat dan solat tetap sah. Ini juga merupakan cara yang
paling berkesan mendidik anak-anak cara solat yang betul iaitu secara
praktikal di masjid.
Sekian
Wassalam.


Azizah
Azizah
Genin / Lower Ninja

Posts : 6
Join date : 2010-04-12

Back to top Go down

Hukum Membawa Anak Kecil Ke Surau Empty Re: Hukum Membawa Anak Kecil Ke Surau

Post  NASA Wed Jul 21, 2010 6:25 pm

Saya pernah di tegur oleh ustaz Alias dari Seremban . Waktu tu dia bagi ceramah di surau kita ni. Ingat dalam 2-3 tahun lepas kut..

Anak saya yang sorang tu agak bising dan dok sibuk lari kesini dan kesana dalam surau. Jadi kita pun agak terganggu sikit dan adalah berkeras sikit ngan anak tu.

Ustaz Alias pun sambil berceramah tu cakap..
biar kan anak tu, anak2 memang lagu dia macam tu... kita bawak mereka ke surau ni pun untuk mendekat mereka dengan surau...

Jadi , itu laa, serba sikit pandangan seorang alim tentang anak2 dan surau yang saya pegang.

Pokok nya jangan sampai anak kita tu menjadi gangguan yang teramat kepada lain2 Jamaah yang sedang solat dan juga kesucian dan kebersihan surau.

Wallhuaklam bissawaaab.
NASA
NASA
Kage

Posts : 85
Join date : 2010-04-09

Back to top Go down

Hukum Membawa Anak Kecil Ke Surau Empty Re: Hukum Membawa Anak Kecil Ke Surau

Post  abikhsan Wed Jul 21, 2010 6:38 pm

Pernah jugak masa Ustaz Ikmal bagi kuliah hari Ahad... tetiba anak dia buat bising dan main kat belakang dengan suara garau dia jerit kat anak dia... (mic still ON)...

"Umar...!!! (tak ingat nama anak dia..)... mu kalu nok buat gege (bising) mu gi kelik lo ni.... jange gege sini....."

..... sorry ya... mungkin tak menjawab soalan anak kecil di saf dewasa....
abikhsan
abikhsan
Kage

Posts : 49
Join date : 2010-04-20

Back to top Go down

Hukum Membawa Anak Kecil Ke Surau Empty Re: Hukum Membawa Anak Kecil Ke Surau

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum